You can replace this text by going to "Layout" and then "Edit HTML" section. A welcome message will look lovely here.
RSS

Monday, 14 December 2009

Virus M.A.L.A.S

wah!! lama benar aku tak 'mengemas' blog ni ( dah kene tegur dengan Kak Rania )... rasanya, semenjak aku bercuti ni, hanya sekali sahaja aku menjenguk blogku ini. huhu. bukan apa, aku terasa begitu malas untuk menjenguk blog dan mengupdated blog ni. tahap kerajinanku benar-benar berada di paras minimal dan tahap kemalasanku benar-benar berada di paras BAHAYA!

oleh kerana sudah ditegur oleh Kak Rania, aku merajinkan diri untuk mengemas 'blog' aku ni. sepanjang cuti ni (dah masuk minggu yang ketiga..) tak ada sebarang perkara yang menarik pun berlaku. selain mengadap lappy dan bermalasan aku juga sedang giat menambah berat badan (agak-agaknya berapa kg dah naik kan?). jadi sememangnya cuti kali ini, aku berehat dengan sepenuhnya (tahap paling optimal).

Projek bersama Ally, Hedzmy dan Eizhuan juga asyik tertangguh dan tertangguh! Bilalah aku nak mulakan projek itu?? cuti pun berbaki dua minggu sahaja lagi!!! Oh! aku harus menggerakkan projek itu juga! paling tidak perlu digerakkan 40 peratus sebelum aku memulakan sesi pengajian yang baharu ini. (sila baca dengan penuh semangat!)

hajat untuk meronda-ronda pun terbantut. rindu pada Mid Valley, Pavilion dan sekitar Jalan TAR makin memuncak! Oh! cuti yang berbaki ni akan kuheret mama untuk membawa aku ke semua tempat-tempat yang kurindui itu =)

okay! cukup-cukup sesi 'mengemas'... terima kasih pada kak Rania yan tiba-tiba menyuntik semangat rajinku ini... hehehe=) oh ya! maaflah pada yang meninggalkan pesan di chatbox, nanti akan kubalas ya! bagi yang ada FACEBOOK, aku akan berinteraksi dengan kalian di laman maya itu sahaja..

okay!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, 30 November 2009

Parcel Daripada Kak Gebus a.k.a Hafirda Afiela



Lama tidak mengupdate cerita kat sini. Ingatkan bila dah cuti ni, bertambah rajin 'mengemas' blog, tapi sebaliknya. Makin malas pulak! Haih... Semenjak dua menjak ni memang aku agak 'liat' menjenguk blog. Hanya sibuk memerap di Facebook aje... Back to our story, hari nie aku menerima parcel istimewa daripada kak Gebus a.k.a Kak Hafirda Afiela... CINTA UNTUK INDAH (lihat gambar di atas). Itulah isi parcel istimewa kiriman Kak Gebus. Mininovela nukilan Kak Gebus ini membuatkan aku tidak sabar-sabar untuk menatapnya..



Yang paling istimewa, CINTA UNTUK INDAH ditandatangani sendiri oleh Kak Gebus (lihat gambar di atas). Wah! Cukup special... Mula-mula aku ingat Kak Gebus sekadar bergurau apabila berjanji untuk mengirimkan aku CINTA UNTUK INDAH. Tapi saat parcel itu bertukar tangan dan melihat nama pengirimnya, sudah cukup membuatkan aku MELOMPAT KEGIRANGAN!Thanx a lot Kak Gebus!!!!

Basically, CINTA UNTUK INDAH sebuah cerita yang sangat santai. Mengisahkan tentang Indah Cempaka dan Irham Haqim. Disebabkan salah faham, hubungan mereka terputus di pertengahan jalan. Bila dipertemukan semula, mereka asyik bertengkar. Irham yang tidak habis-habis mahu Indah mengakui masih ada cinta untuknya dan Indah yang agak keras hati terhadap Irham. Namun akhirnya, ego masing-masing dapat dilenturkan. Sebuah cerita yang cukup sweet di tambah pula dengan gaya penulisan Kak Gebus yang cukup simple membuatkan aku tidak menghabiskan masa yang lama untuk menatap CINTA UNTUK INDAH...

So, bagi yang belum mendapatkan CINTA UNTUK INDAH dan rangkaian mininovela yang lain, silalah dapatkan ya! Untuk Kak Gebus, THANX A LOT kak!!!

p/s : Silalah jealous kepada aku kerana penulis sendiri yang mengirimkan nukilan mereka kepada aku + autograf...hehehe...=)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 19 November 2009

Aku Sayang Korang [ Entri Buat PISMP PSS 2]

Semalam berakhir sudah peperiksaan akhir bg semester keduaku. Syukur padaNYA, kerana berjaya juga akhirnya aku menempuh minggu perasaan yang sungguh mengerikan... kira peperiksaan kali ni, agak okeylah. Semuanya mampu dijawab, alhamdulillah. But, yesterday paper's was really tough dan sangat menyukarkan. Walaupun merupakan subjek minor, tetapi rata-rata soalan yang keluar... haih! Bukan aku aje, tapi seluruh classmates aku mengalami sindrom yang sama. KAMI BLANK! SOALAN SUSAH! KAMI TAK TAU JAWAB! itulah keluhan yang kami keluarkan. Saat tu kami sedar, jangan sesekali memandang enteng pada subjek minor! next time kita kene study lebih ya guys!

Berakhir jugak exam semalam, bermakna i'm doned with my first year. Hah! Tak sangka aku bejaya jugak tamatkan first year. Walaupun this year merupakan semester-semester yang agak mencabar dan banyak benda yang terjadi. Tapi aku berjaya jugak laluinya di samping teman-teman sekelas. Ya, this year's banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit bagi kami semua. Lebih-lebih lagi kes kene transfered dari IPG Pendidikan Islam ke IPG Raja Melewar. Terpaksa berpisah dengan tujuh orang teman yang cukup aku sayangi. Tapi at least, aku dan teman-teman yang kene transfered berjaya melaluinya... to Marlia Arnida, Syafiqah Izwah, Isma Hazwani, Nur Syakirin, Dzul Azizuddin, Mohamad Fitri Dan Nurul Nadia : Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa aku rindukan saat kita sama-sama di IPIS, tiga semester cukup menjadikan tautan ukhwah kita menjadi kukuh. Aku rindu saat manis dan sedih kita di PPISMP 1.03 - PPISMP 3.03 (2007-2008). May ALLAH bless you ALL and dunt ever lupakan kitorang yang ader kt IPRM nie..LUV U ALL!

Bagi teman-teman PISMP PENGAJIAN SAINS SOSIAL 2, aku senaraikan semua nama korang kat sini... Anep, Roza, Yie, Faizi, Farah, Nadia, Jaja, Jeam, Faten, Komalam, Jaja, Riza, Mat, Chai, Aimran, Amal, Naimah, Mimie and buat Kak Um and Didie. Thanx for being a great friends to me. Aku sayang korang sangat-sangat! Aku tak mahu antara kita ader yang bermasam muka, terasa hati atau berpuak-puak. Walaupun kita pada asalnya bukan dari kelas yang sama, tapi kita kene terima sebaik sahaja kita menjejakkan kaki di IPRM, kita 20 orang adalah dalam kelas yang sama. Forget psl PPISMP 3.03 and PPISMP 3.05. Now, kita adalah PISMP PENGAJIAN SAINS SOSIAL 2... Jadi aku harap kita semua dapat bersatu hati. Our journey di IPRM masih jauh lagi guys, kita ader lagi ENAM SEMESTER bersama. So, aku nak kita semua sama-sama memerlukan antara sama satu lain. You need me, and I need You... simbiosis dan kita harus mixed and combined together. Kalau tak puas hati just say out loud (macam yang selalu aku buat). Tak payah pendam-pendam dalam hati. Aku sayang korang sumer, and aku tak nak kita ni macam rakan sekelas tapi aku nak kita jadi adik-beradik DUNIA AKHIRAT. Bila, jadi something itu takkan menjejaskan persahabatan kita and kita mampu tanganinya. Okay guys???

Aku tahu, aku mungkin bukanlah teman terbaik buat korang but at least aku berusaha untuk menjadi kawan yang baik buat korang... that's my promise!

" Bersatu Hati, Berpadu Jiwa, Tautan Persahabatan, Jalinan Budi Dan Jambatan Persefahaman... Itulah resepi perhubungan yang harmoni..."

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 11 November 2009

Don't Stare It! Versi Merapu

Haha... rajin pulak nak update entry walaupun tengah study untuk subjek PSN (Perkembangan Sejarah Negara)... Mood bercerita tu datang kembali...

Semalam merupakan first paper for second semester final exam. Subjek yang sungguh memeningkan kepala sebab perlu menghafal teori-teori, model-model dan implikasi. Mujur juga tips yang lecturer bagi SANGAT BERGUNA. So kami dengan senang hati menjawabnye. Hihihi... (thanx to Mr Yee!). Masa yang diperuntukkan selama 2 jam 30 minit. Pada mulanya, memang rasa: "Mak!!! mana cukup!! dahlah empat esei kene buat! enam soalan struktur lagi and plus 20 soalan objektif."

The story was...
Aku siap awal setengah jam. So, mulalah aku gelisah sebab tak ada kerja. Pusing kiri, pusing kanan. Main mata sikit and plus cakap sorang-sorang. Nak dijadikan cerita, aku duduk depan sekali menghadap white board and beside me was a clock (tajaan dari unit SUP!Thanx!) Aku pun dok tenung jam tu. Tiba-tiba Madam Elizabeth Khoo (pengawas peperiksaan) datang sebelah aku. Dia pun tengok apa yang aku ralit tenung.
suddenly aku cakap : "Madam, kenapa jam tu tak bergerak?" Dengan nada so innocent aku bertanya. Madam pun siap tengok sekali, lepas tu ketawa. Berulang kali aku lakukan aksi yang sama, sampai aku rasakan memang jarum jam tu tak bergerak!!

"Don't stare at it!" pesan Madam dengan ketawanya tiap kali dia lalu kat tempat aku. Lepas tu, datang pulak Encik Ashraf and Madam pakat bagitahu kat dia pulak. "Yang awak tenung buat apa, memanglah dia tak bergerak!" Tegur Encik Ashraf dengan ketawanya jugak. Aduhai, aku terkulat-kulat. Hahahahaha...

Memang betul pun. Bila aku dok tengok jam tu, sure! Jarum die memang macam tak bergerak! Bila aku kalih kiri-kanan, baharulah jarum tu bergerak. So, kesimpulannya bila menanti sesuatu, tolooooonglahhh jangan tengok jam sebab anda akan mengalami perasaan yang saya rasakan. Anda akan berhalunisasi yang jarum jam tu frost!

p/s : kenapa kalau time kita buat sesuat, kita rasa masa tu cepat sangat bergerak??? lebih-lebih lagi kalau saat genting macam jawan exam yang susah-susah. Rasa jam tu macam cepaaaat sangat gerak!

p/s lagi : musim exam, otak pun jadi ting tong!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, 9 November 2009

Entri Versi Demam Exam

Wah!!! Lama betul aku tak update blog nieh... Fuh!! naek bersawang + habuk + lalang dah blog aku nieh. Huhuhuhu=)

Actually, aku taklah sibuk sangat cuma tak ada masa nak update blog semenjak gilerr berMUKABUKU Jadi aku telah mendiskriminasi blog nie.. Maaflah...

Okay, minggu ni aku dah start final exam untuk semester nieh. Esok merupakan paper pertama aku iaitu bagi subjek Pendidikan : Murid Dan Alam Belajar. Jadi sepanjang minggu lepas sudah bermulalah DEMAM EXAM. Study! Study! Study! Aku terpaksa merajinkan diri menghadap buku-buku dan nota-nota kuliah (p/s : sebenarnya aku tak berapa rajin..lalalala). Study bagai nak rak, tapi masuk dalam kepala atau tak... hanya TUHAN yang tahu!!! Bila rasa macam tu, mulalah aku terfikir 'I wish a have really a goooood memory!'

Tapi, typical Azrin. Dia tak boleh ingat kesemuanya!!! Hanya yang dapat diingati adalah topik-topik yang dia suka dan buat presentation. Haih, I wish I like all of the topic tapi nak buat macam mana? Kalian kena faham perbezaan individu dan teori kepelbagaian kecerdasan So, terima dan redha ajelah... Berdoa dan berdoa agar mampu menjawab paling tidak 80 peratus daripada keseluruhan soalan... Aminnn!!!

Kadang-kadang pelik jugak... Macam manalah all of the best student study? Yang belajar Medic, Law, Engineering and all of the tough courses, macam manalah agaknya dorg study kan??? Aku memang tabik and salute springlah kat mereka semua ni... Aku rasa bersyukur sangat sebab tak berupaya membuat kos-kos sebegitu, kalau tak for sure dua semester saje aku dah kena tendang!!! Haih, peliklah aku ni... Tapi itulah kenyataannya. But at the same time aku bersyukur jugak sebab amik course perguruan nih... Walaupun aku bukanlah ketegori pelajar yang excellent macam rakan-rakan sekelas yang lain, at least aku mampu cath up with all of the subject and certain subject sangat aku minati... Alhamdulillah!!

Yang sebenarnya, tak kiralah kita ni amik course apa sekalipun yang paling penting adalah keinginan dan motivasi intrinsik kita untuk berjaya dalam bidang yang kita pelajari. Usaha dan betapa tingginya komitmen kita terhadap apa yang sedang kita pelajari itulah yang paling penting. Kalau kita minat gilerr dan pandai sekalipun tanpa usaha dan keinginan untuk berjaya kurang, tak guna jugak. Itulah yang dapat aku rumuskan.

Bagi yang sudah, sedang dan bakal menghadapi exam, Good Luck and all the best buat kalian semua! Semoga kita semua berjaya hendaknya. Aminn...
Okay, gtg.

p/s : I wish aku ingat semua yang aku baca dan mampu meramal soalan apa yang bakal keluar! Ahakz!!

p/s lagi : Walaupun tak prepare 100 percent, aku berharap agar cepatlah minggu ni dan minggu depan berlaluuu!!! Why ek?

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 27 October 2009

Yang Sebernarnya...



TAKE NOTES to ALL AISYA SOFEA'S FANS!!!
novel terbaharu beliau YANG SEBENARNYA insyaALLAH akan diterbitkan pada HUJUNG MINGGU ni... so bagi penggemar-penggemar beliau (termasuk aku) silalah dapatkan YANG SEBENARNYA... okay??
oh ya, ni sinopsis YANG SEBENARNYA yang aku dapat di FACEBOOK ALAF 21...thanx to admin!!


Sinopsis: TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.

Kelukaan Eddie men...dapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan sema­ngat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya
melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...
lelaki itu seperti memusuhinya.

Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!


sound great hah? Aku memang sangat tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya..sudah lama menanti sentuhan terbaharu dari AISYA SOFEA...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 21 October 2009

Penat + Penat + Penat

Jangan confius dengan tajuk entri ya. Aku bukan penat sebab banyak kerja ( not like what I've been through the week before)... Masalahnya, aku penat + penat + penat sebab takde classes? Huh, logik tak? Semalam, aku ada satu class je.. (patutnye dua kelas, satu kelas tu ader misunderstood sikit, kami semua kena bagi surat TUNJUK SEBAB kerana tak masuk kelas PJM... bukan unit aku je, malah unit PSS 1 dengan unit PSV pun the entire class tak pergi... hahaha)... Hari pulak, LANGSUNG tak ader class. Ya, dari pagi sampai petang memang takder class. Satu hari aku menghadap laptop and online! Itu jelah kerja aku sampai dah rasa bosan tahap dewa ketujuh dah!

Kerja yang perlu dibereskan, sudah aku siapkan! Ape lagi yang aku nak buat??? Oh, one more portfolio Pengelolaan Pertandingan, nak kena hantar minggu depan. But, itu kerja group and kene tunggu group discussion dulu... erm??? Nak buat apa lagi? Entahlah... Itulah, masa assignment banyak, asyik merungut bilalah assignment nie nak habis??? Tapi, bila dah mula lapang, beginilah jadinya... hahaha... Just typical human beings, sentiasa tak bersyukur dengan apa yang sedang dilalui.

Syukurlah, esok ader classes... pagi ader class Murid Dan Alam Belajar + ELP II, petang pulak ade class Geografi with Dr Mohd Aris. Ha, nanti merungut pulak.. 'Haih, banyak pulak kelas!'For sure, aku akan cakap macam tu! Hahaha... just a typical Azrin! So, as a conclusion HARGAILAH APA YANG SEDANG ANDA BUAT SEBELUM ANDA MATI KEBOSANAN AKIBAT TIDAK ADA KERJA YANG PERLU ANDA BUAT!... okay???


p/s : thanx bagi yang perasan rumah aku ni dah bertukar wajah... Bukan lagi CHANNEL A, tapi Once Upon A time...=)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS